NADI x e-Sukan : Pertandingan MLBB antara NADI Peringkat Negeri Sarawak Pusingan 1 & Kelas Kesedaran Sesi 3 (Minggu 1 & 2 November 2024)

3 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2024, peserta MLBB yang mewakili Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah bertanding dengan wakil peserta dari NADI Sg Apin. Dalam pertandingan ini, pemain akan bermain sebanyak 3 sesi dimana sesi pertama telah dimenangi oleh wakil pemain dari NADI Melugu manakala sesi kedua pula dimenangi oleh wakil pemain dari NADI Sg Apin. Sesi ketiga pula telah dimenangi oleh wakil pemain dari NADI Sg Apin. Maka,juara bagi pertandingan MLBB ini ialah peserta daripada NADI Sg Apin. Mereka akan mewakili NADI Sg Apin untuk bertanding dengan wakil pemain dari NADI lain pada pusingan seterusnya.

Selain itu, mereka juga telah mengikuti kelas kesedaran sesi 3 (Minggu 1 & 2 November 2024). Topik pada sesi kali ini adalah mengenai e-sukan sebagai peluang kerjaya yang telah dikongsi oleh En. Nor Azli bin Mohamad Daud iaitu Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Reakreasi, Bahagian Pembangunan Sukan. Kelas kesedaran ini bertujuan untuk memperbaiki kemahiran permainan peserta dan bagi membolehkan mereka memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali